image
Sunday, March 29, 2009

Aku mengeluh. Kenangan-kenangan yang amat manis, peristiwa-peristiwa yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu tetap akan berada dalam mindaku serta sanubariku. Aku mula berfikir, "Anjakan paradigma yang ketara telah berlaku. Sesuatu keputusan yang telah saya buat. Tidak dapat aku berpatah balik lagi..."

Aku mula mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang satu persatu yang akan menjadi hanya sebuah kenangan yang indahsungguh. Pelbagai perasaan... pelbagai emosi yang telah aku rasa ketika setiap kejadian tersebut berlaku; gembira, sedih, masyhgul, pedih, bangga, malu, sakit juga menyumbang kepada kewujudan sesebuah kenangan yang syahdu.

Aku terasa kesedihan meresap ke dalam jiwaku.
Timbul juga rasa rindu akan kejadian-kejadian yang telah berlaku. Rindu akan cabaran-cabaran yang telah kami harungi bersama. Setiap air mata yang membasahi pipi kami, setiap masa yang dipenuhi ketawaan kami terasa rindu akannya juga.

Ya...memang betul bahawa saya tidak menyesal berpindah ke sekolah yang baharu. Namun, banyak sangat kenangan yang terpaksa aku tinggalkan.

Aku memang sangat rindu akan kamu semua...

Teman-temanku,
Janganlah lupa akan aku,
Ingatlah peristiwa-peristiwa yang telah kami lalu
Bersama,
Dengan gandingan bahu yang erat...
Yang tidak akan terputus tak kira apa-apa yang akan berlaku...

Walaupun aku tidak berada dalam kelas yang sama,
Sekolah yang berbeza,
Tetap akan saya berbangga,
Akan kejayaan yang diperoleh dengan kerjasama kalian,
Akan semua cabaran yang telah kami berjaya harungi

Kadang-kadang, terdapat juga masa yang telah kami bertengkar,
Tapi akhirnya, kemarahan tetap akan reda dan diganti kemaafan
Serta kegembiraan.

Kawan-kawanku, berusahalah dengan gigih perkasa,
Menuju ke arah kecemerlangan!
Bekerjasama bagaikan aur dengan tebing,
Untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR.

Apabila keputusan diumumkan,
Akan saya pergi lihatnya.
Aku akan berasa gembira dan bangga.
Karena, setiap temanku akan berjaya mendapat 7A untuk PMR.

:)


7:10 AM